PROGRAM BINA INSAN
&
TRANSFORMASI BUDAYA
&
TRANSFORMASI BUDAYA

Program pemantapan kualiti bina insan dalam organisasi dan transformasi budaya kerja yang positif hanya dengan sistem mengenal potensi dan jenis personaliti diri. Dengan meletakkan posisi kerja yang sesuai dengan jenis personaliti diri, maka transformasi budaya kerja yang lebih positif dapat dicapai.
PENGURUSAN KEKUATAN
&
KELEMAHAN ORGANISASI
&
KELEMAHAN ORGANISASI

Modul Forensik Insan mampu merungkai kekuatan dan kelemahan asas sesebuah organisasi hanya dengan mengenal diri individu yang terlibat dalam pentadbiran dan perjalanan sesebuah organisasi melalui ilmu mengenal personaliti diri. Hanya dengan ilmu mengenal ilmu personaliti diri, kekuatan utama dan kelemahan asas sesebuah organisasi dapat dirungkai dan cadangan penambahbaikan boleh diberikan keutamaan dari semasa ke semasa.
PROGRAM PENGEMBANGAN INDIVIDU
&
KEPIMPINAN
&
KEPIMPINAN

Menyediakan asas ilmu kemanusiaan yang memanfaatkan kelebihan setiap jenis personaliti pada posisi kerja dan peranan yang lebih tepat. Pengembangan kualiti diri yang positif dan sesuai diaplikasikan akan membentuk proses pengembangan individu dan kepimpinan yang lebih positif dan proaktif.
PENSIJILAN
&
PENILAIAN PSIKOMETRIK
&
PENILAIAN PSIKOMETRIK

Program Forensik Insan lebih bersistem dan berstruktur dengan adanya pensijilan khusus bagi modul-modul program yang ditawarkan. Diikuti sistem penilaian psikometrik yang sangat efisien dalam memberikan gambaran sebenar jenis personaliti manusia. Sistem yang disusun sangat teliti dengan ketepatan hampir 80% dari keputusan penilaian yang dibuat.
KONSULTASI PERNIAGAAN
&
ORGANISASI
&
ORGANISASI

Kami menyediakan khidmat konsultasi perniagaan dan organisasi tanpa mengira skala perkhidmatan yang disediakan, tempoh kematangan operasi dan sebagainya. Dengan memberi tumpuan kepada kaedah mengenal potensi diri melalui ilmu kemanusiaan dan sistem operasi sesebuah organisasi atau perniagaan yang dijalankan. Hanya dengan mengenal jenis perwatakan dan kekuatan emosi hati pihak-pihak yang terlibat, maka kualiti perkhidmatan sesebuah perniagaan dan organisasi akan lebih baik dari semasa ke semasa.
PENINGKATAN KUALITI
&
SIMULASI PERNIAGAAN
&
SIMULASI PERNIAGAAN

Produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh mana-mana organisasi sangat menitikberatkan soal kualiti dan penerimaan positif untuk tempoh jangka panjang. Forensik Insan sentiasa komited dalam membantu meningkatkan, menstabilkan dan mengekalkan kualiti sesebuah organisasi dengan sistem ilmu sosiologi yang terbukti berkesan dalam memberikan impak yang positif dan kekal relevan.

