MUHAMAD BIN ABDULLAH AL- AMIN

Muhamad bin Abdullah Al-Amin. Gelaran Amin adalah nama di kalangan keluarga. Mendapat pendidikan awal di Johor. Pada umur 15 tahun ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian meneruskan pelajaran ke Maahad Muhammadi Kelantan. Kemudian di Universiti Malaya cawangan Nilam Puri Kelantan. Semasa di Kelantan sering berulang-alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Menyambung pelajaran ke UM Kuala Lumpur di dalam bidang Syariah dan Undang-Undang. Setelah tamat di UM, menyambung pelajaran ke Maahad Ihsaniah Penang di dalam program berkembar Al-Azhar. Diterima masuk ke Al-Azhar di dalam Kuliyyah Syariah di Kaherah untuk tahun akhir. Sekembalinya ke tanah air, mengambil diploma profesional iaitu “Diploma Administration Of Islamic Judiciary (DAIJ)” di UIAM yang melayakkan beliau menjadi Pengamal Undang-Undang Syariah di Malaysia. Kemudian membuat Master di UM. Master kedua di UIAM. Kini sedang menulis di peringkat Phd di UUM dan OUM. Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State Universiti, Rusia. Bermula 2003, mula merantau ke negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dan mengambil sanad dengan Ulama' yang ditemui di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turkey, Maghribi, Mesir dan lain-lain.
Beliau bergiat aktif dalam sukan selam scuba bermula tahun 2013 dan memiliki sijil Instructor tertinggi (Course Director). Dalam masa yang sama, beliau mengetengahkan selam scuba sebagai medium untuk dakwah. Mengasaskan program psikologi Forensik Insan bagi membantu pengurusan emosi di kalangan masyarakat. Giat memberikan perkongsian dan ceramah di dalam dan luar negara, TV dan Radio. Giat menulis buku, di majalah dan akhbar. Mendapat anugerah Tokoh Maulidur rasul peringkat Kebangsaan pada tahun 1436H / 2015M. Terlibat secara aktif dengan program dan bantuan ke Palestin. Terlibat bersama-sama dengan operasi kemanusiaan di beberapa negara seperti Tsunami di Acheh, gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu dan lain-lain. Mengasaskan Sekolah Maahad Sains Al-Quran Al-Amin di Bandar Sunway, rumah anak yatim di Subang Jaya, rumah perlindungan HIV Muslim di Puchong dan bersama Yayasan Al-Ijabah di dalam program amal.


PENDIDIKAN
✓ Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu, Batu Pahat, Johor 1983 - 1988✓ Sekolah Agama Pontian, Pontian Johor 1989 – 1991
✓ Jamiah Islamiah Islamabad, Pakistan – Hafiz al-Quran 1992-1995
✓ Maahad Muhammadi, Kota Bharu Kelantan 1996 – 1999
✓ Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas Kelantan 1996 – 1999
✓ Pra Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan 1999 - 2000
✓ BA Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya Kuala Lumpur 2000 - 2003
✓ DAIJ. Universiti Islam Antarabangsa Gombak 2003
✓ Dip. Syariah Dan Bahasa Arab Kolej Ihsaniah Simpang Ampat, Pulau Pinang 2004
✓ BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir 2005 - 2006
✓ Maahad Syubra Kaherah Mesir – Sanad al-Quran 2005 – 2006
✓ Jamiah Iman San’a Yaman – Sanad Hadith 2007
✓ MA Syariah Dan Undang-Undang Universiti Malaya 2009
✓ Phd Art Psychology Including Counselling Open University Malaysia 2020 (In Process)
KOMPETENT DALAM BIDANG UNDANG-UNDANG & SYARIAH
✓ Pengamal Undang-Undang Syariah di Negeri Selangor dan Kuala LumpurPENGALAMAN CONSULTANCY PROGRAM BERSAMA MEDIA (SEJAK 2005 - 2020) TV
✓ Ahli Panel “Al-Kuliyyah” TV3✓ Ahli Panel “Al-Hidayah” TV3
✓ Ahli Panel “Motivasi Pagi” TV3
✓ Ahli Panel “Semanis Kurma TV9
✓ Ahli Panel "Tanyalah Ustaz" TV9
✓ Ahli Panel "Usrah" TV9

PENDAKWAH SELEBRITI DI




